Apa Kata Ahli Kami

Berita Terkini

Dasar Privasi

Mengapakah GlobalTestMarket menggunakan MarketPoints dan bukannya mata wang?

Kajian dan penyelidikan kami dijalankan di serata dunia. Justeru, kami menggunakan MarketPoints, yang mempunyai nilai tetap terhadap Dolar AS.

Terma Penggunaan

Dikemas kini Oktober 2012

Terma Penggunaan ini ("Perjanjian" ini) menerangkan terma dan syarat yang digunakan ke atas penggunaan perkhidmatan Lightspeed oleh anda. Anda perlu membacanya, memahaminya, dan menelitinya secara berkala untuk melihat sebarang kemas kini. Jika anda mempunyai sebarang soalan yang tidak dijawab oleh Soalan Lazim kami, sila hubungi Khidmat Pelanggan. Jika anda tidak bersetuju dengan Perjanjian ini, jangan gunakan laman web atau perkhidmatan kami. Kami berhak untuk menukar, mengubah suai, menambah atau mengalih keluar bahagian Perjanjian ini pada bila-bila masa, mengikut budi bicara kami semata-mata. Penggunaan laman web kami oleh anda yang berterusan akan sentiasa menunjukkan penerimaan anda terhadap Perjanjian ini dan sebarang perubahan kepadanya.

1. Penerimaan Perjanjian Pengguna

Perjanjian ini digunakan ke atas akses anda kepada, dan penggunaan laman web ("Laman") Lightspeed serta perkhidmatan yang disediakan oleh Lightspeed. Laman, perkhidmatan, dan sebarang perkhidmatan lain yang disediakan oleh Lightspeed adalah dirujuk di dalam Perjanjian ini secara kolektif sebagai "Perkhidmatan."

2. Perkhidmatan

Perkhidmatan ini membolehkan orang yang memenuhi keperluan kelayakan untuk mengambil tinjauan atau mendaftar untuk panel pengguna kami ("Panel"). Ahli panel mungkin layak untuk turut serta dalam tinjauan di Laman ini. Ahli panel boleh menerima MarketPoints atau insentif lain kerana menyertai perkhidmatan yang disediakan oleh Lightspeed dari semasa ke semasa.

3. MarketPoints

MarketPoints akan luput tiga tahun dari tarikh pemberian dan, jika lebih awal, selepas dua belas (12) bulan tanpa sebarang aktiviti akaun.

4. Kelayakan dan Pendaftaran Perkhidmatan

Perkhidmatan ini hanya boleh digunakan oleh orang yang berusia sekurang-kurangnya 14 tahun. Perkhidmatan ini tidak bertujuan untuk penggunaan kanak-kanak di bawah usia 14 tahun. Pengggunaan Perkhidmatan ini adalah terbatal di mana dilarang.

DENGAN MENGAKSES ATAU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN INI, ANDA MENYATAKAN DAN MENJAMIN BAHAWA ANDA MEMENUHI KEPERLUAN KELAYAKAN DAN AKAN MEMATUHI TERMA PERJANJIAN INI.

5. Yuran untuk Perkhidmatan

Tidak ada yuran dikenakan untuk pengguna menyertai Perkhidmatan ini. Lightspeed boleh, mengikut budi bicaranya sendiri, memilih untuk mengenakan yuran atas penyertaan dalam Perkhidmatan ini, atau untuk menggunakan atau mengakses mana-mana perkhidmatan lain, pada bila-bila masa. Jika ia melakukannya, ia akan mengemas kini Perjanjian ini untuk menggambarkan sebarang perubahan sedemikian.

6. Keperluan Penyertaan

Keupayaan anda untuk menyertai Perkhidmatan ini secara jelas dengan syarat anda mematuhi Perjanjian ini dan semua dasar serta garis panduan yang diguna pakai kepada Perkhidmatan ini yang disediakan oleh Lightspeed dari semasa ke semasa. Sekiranya berlaku ketidakpatuhan, penipuan atau aktiviti lain yang tidak sesuai di pihak anda (seperti yang ditetapkan oleh Lightspeed mengikut budi bicaranya sendiri), Lightspeed boleh membatalkan atau mentaksahkan kelayakan, akaun, pendaftaran dan MarketPoints anda, menafikan penebusan MarketPoint, atau mengehadkan, menyekat, membataskan, dan mencegah akses anda kepada dan menggunakan Perkhidmatan ini dan seterusnya, semua MarketPoint, insentif dan ganjaran akan tertakluk kepada perampasan. Tanpa membataskan sifat umum kenyataan sebelum ini, keperluan berikut digunakan kepada penggunaan Perkhidmatan ini oleh anda:

  • Tidak Menggunakan dan Tanpa Pendedahan Maklumat dan kandungan yang disediakan kepada anda dalam Perkhidmatan mungkin mengandungi rahsia dagangan atau maklumat rahsia atau proprietari lain mengenai pembekal atau pemberi lesen Lightspeed. Anda mesti menyimpan secara rahsia dan tidak mendedahkan kepada mana-mana orang lain sebarang maklumat serta kandungan yang anda akses atau ketahui berkaitan dengan penyertaan anda dalam mana-mana tinjauan, projek, soal selidik, atau aktiviti penyelidikan pasaran lain yang berkaitan dengan Perkhidmatan. Anda tidak boleh menggunakan mana-mana maklumat atau kandungan sedemikian untuk sebarang tujuan selain daripada penyertaan anda dalam Perkhidmatan menurut Perjanjian ini. Anda dengan ini bersetuju untuk memaklumkan Lightspeed serta-merta jika anda mengetahui atau mengesyaki sebarang penggunaan atau pendedahan kepada, mana-mana maklumat atau kandungan sedemikian selain daripada yang dibenarkan secara khusus dalam Perjanjian ini.
  • Maklumat Pendaftaran. Anda bersetuju untuk (a) memberikan maklumat yang tepat, semasa dan lengkap mengenai diri anda mengikut yang diminta oleh mana-mana borang pendaftaran mengenai Perkhidmatan ini; (b) mengekalkan keselamatan kata laluan dan butiran log masuk anda; dan (c) menyimpan dan mengemas kini segera maklumat pendaftaran anda dan mana-mana maklumat yang anda berikan kepada Lightspeed, supaya ia tepat, semasa dan lengkap. Pendaftaran memerlukan maklumat yang termasuk tanpa had nama penuh anda yang sah, tarikh lahir anda, alamat kediaman utama anda, nombor telefon anda dan alamat e-mel anda yang berfungsi.
  • Akaun Berganda. Anda hanya boleh mempunyai satu akaun yang aktif pada bila-bila masa. Hanya satu akaun bagi setiap alamat surat-menyurat dibenarkan. Akaun berganda bagi mana-mana orang atau alamat surat-menyurat akan tertakluk kepada penamatan dan perampasan semua MarketPoints, insentif dan ganjaran.
  • Pematuhan Undang-Undang. Anda mesti pada setiap masa mematuhi semua undang-undang, peraturan, dan arahan yang diguna pakai, dan tidak menyebabkan Lightspeed melanggar mana-mana undang-undang, peraturan atau arahan.
  • Penyertaan Dengan Niat Baik Anda bersetuju untuk menyertai dengan niat baik dan keupayaan anda yang terbaik dalam mana-mana aktiviti penyelidikan pasaran di mana anda turut serta berkaitan dengan Perkhidmatan. Anda tidak akan memberikan data palsu atau mengelirukan, termasuk tanpa batasan, jawapan tinjauan yang tidak konsisten dengan jawapan lebih awal atau tidak munasabah secara statistik.
  • Komunikasi Sesuai. Jika anda berkomunikasi dengan FrontDesk kami atau kakitangan Lightspeed atau GlobalTestMarket lain ("Kakitangan"), anda bersetuju untuk melakukannya dengan cara yang hormat dan sesuai. Anda tidak akan menghantar, memuat naik, berkongsi atau sebaliknya mengedarkan kepada Kakitangan, rakan sekutu Kakitangan atau pengguna lain Perkhidmatan ini sebarang komunikasi yang biadab atau menyakitkan hati atau sebarang kandungan yang lucah, tidak beradab, berbau seks, berbau kejutan, mengancam, terkutuk, menyalahi undang-undang atau sebaliknya tidak sesuai.
  • Kandungan Pengguna. Anda boleh memberikan maklumat kepada Lightspeed berkaitan penyertaan anda dalam penyelidikan pasaran atau sebaliknya berkaitan Perkhidmatan, termasuk jawapan tinjauan, idea, maklum balas atau maklumat serta kandungan lain ("Kandungan Pengguna"). Jika anda memberikan sebarang Kandungan Pengguna, kecuali dinyatakan sebaliknya oleh Lightspeed, anda memberikan Lightspeed dan gabungannya hak tidak eksklusif, bebas royalti, berterusan, tidak boleh ditarik balik, dan hak sub-kebolehlesenan sepenuhnya untuk mengguna, mengeluar semula, mengubahsuai, mengadaptasi, menerbit, menterjemah, membuat kerja derivatif daripadanya, mengedar, melaksana dan memapar Kandungan Pengguna seumpamanya di seluruh dunia dalam mana-mana media, tanpa perakuan atau pampasan kepada anda.
Dengan memberikan sebarang Kandungan Pengguna, anda menyatakan dan menjamin bahawa anda mempunyai hak yang sah untuk menyediakannya, dan bahawa ia adalah tepat dan lengkap. Anda tidak boleh memberikan Kandungan Pengguna yang:

  • Melanggar undang-undang, mengandungi fitnah, berunsur fitnah, lucah, pornografi, tidak sopan, menunjukkan berahi, tidak senonoh, mengganggu, mengancam, mengganggu hak privasi atau publisiti, kata-kata kesat, menghasut, tidak benar, tidak tepat, mengelirukan, menipu, atau menyamar atau menyalahgambarkan gabungan dengan mana-mana orang atau entiti;
  • Akan melanggar tanggungjawab kerahsiaan atau hak mana-mana orang atau entiti, atau yang akan sebaliknya mewujudkan liabiliti atau melanggar undang-undang tempatan, negeri, kebangsaan, atau antarabangsa, termasuk, tanpa batasan, peraturan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. atau mana-mana peraturan bursa sekuriti seperti Bursa Saham New York, Bursa Saham Amerika, atau NASDAQ;
  • Boleh melanggar mana-mana hak paten, tanda dagang, rahsia dagang, hak cipta atau hak intelektual atau proprietari mana-mana orang atau entiti;
  • Mengandungi sebarang maklumat persendirian bagi mana-mana orang atau entiti, termasuk, tanpa batasan, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, nombor Sekuriti Sosial, dan nombor kad kredit;
  • Mengandungi sebarang virus, data yang tercemar atau fail atau maklumat lain yang berbahaya, menyebabkan gangguan, atau memusnahkan; atau
  • Menurut pertimbangan Lightspeed sepenuhnya, menimbulkan rasa tidak senang, tidak menggambarkan usaha niat baik anda kepada soalan tinjauan atau penyelidikan pasaran, atau yang boleh mendedahkan Lightspeed atau pemberi lesen atau pembekalnya kepada sebarang bentuk liabiliti.

7. Hak cipta dan Lesen Terhad

Perkhidmatan ini dan bahan lain yang terkandung di Laman atau di dalam Perkhidmatan, termasuk, tanpa batasan, tanda Lightspeed dan GlobalTestMarket, logo, dan semua maklumat, kandungan, reka bentuk, teks, grafik, maklumat, data, perisian, fail lain, dan pilihan serta susunan selepasnya (secara kolektif, "Kandungan"), adalah harta Lightspeed dan pembekal serta pemberi lesennya dan adalah dilindungi oleh undang-undang hak cipta A.S. dan antarabangsa.

Selagi anda mematuhi Perjanjian ini, Lightspeed memberikan kepada anda lesen yang terhad, tidak boleh dipindah milik, dan tidak eksklusif untuk mengakses dan menggunakan Perkhidmatan ini, hanya untuk tujuan peribadi dan bukan komersial anda sahaja. Kecuali hak yang diberikan secara jelas di dalam Perjanjian ini, tidak ada hak lain yang diberikan, sama ada secara tersurat atau tersirat, kepada anda di bawah Perjanjian ini. Kecuali dinyatakan dengan jelas di dalam Perjanjian ini, tidak ada apa-apa di dalam Perjanjian ini akan dilihat sebagai memberikan sebarang lesen kepada hak intelektual, sama ada melalui estopel, implikasi atau sebaliknya. Lesen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa.

Sebarang penggunaan Perkhidmatan ini atau mana-mana Kandungan selain daripada yang dibenarkan secara khusus di dalam Perjanjian ini, tanpa kebenaran bertulis awal oleh Lightspeed, adalah dilarang sepenuhnya dan akan membatalkan lesen yang diberikan di dalam seksyen ini. Penggunaan yang tidak dibenarkan boleh turut melanggar undang-undang serta peraturan yang diguna pakai, termasuk, tanpa batasan, undang-undang hak cipta dan tanda dagang dan peraturan serta statut komunikasi yang berkaitan, dan hak Lightspeed dan pihak ketiga.

8. Tanda dagang

Tanda dan logo GlobalTestMarket, dan Lightspeed, reka bentuk glob Lightspeed dan nama serta solgan produk atau perkhidmatan lain yang terkandung di dalam mana-mana Kandungan atau sebaliknya di dalam Perkhidmatan adalah harta Lightspeed, pembekalnya atau pemberi lesennya, dan tidak boleh disalin, ditiru atau digunakan, secara penuh atau sebahagian, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Lightspeed atau pemegang hak yang berkaitan. Semua tanda dagang, tanda dagang berdaftar, nama produk dan nama syarikat atau logo lain yang terdapat di dalam Perkhidmatan atau di dalam mana-mana Kandungan adalah harta pemlik masing-masing. Rujukan kepada mana-mana produk, perkhidmatan, proses atau maklumat lain, melalui nama dagang, tanda dagang, pengeluar, pembekal atau sebaliknya tidak merupakan atau menandakan sokongan, penajaan atau cadangan seumpamanya oleh Lightspeed. Semua hak adalah terpelihara.

9. Penafian Waranti

PENGGUNAAN ANDA TERHADAP PERKHIDMATAN INI, TERMASUK, TANPA BATASAN, PENGGUNAAN ANDA TERHADAP MANA-MANA KANDUNGAN, ADALAH ATAS RISIKO ANDA SENDIRI. PERKHIDMATAN INI DAN SEMUA KANDUNGAN ADALAH DISEDIAKAN BERDASARKAN 'SEPERTI ADANYA' DAN "SEPERTI TERSEDIA". Lightspeed, GABUNGANNYA, PEMBERI LESENNYA, DAN PEMBEKALNYA, DAN AHLI, PENGARAH, PEGAWAI, EJEN DAN PEKERJA MASING-MASING (SECARA KOLEKTIF "PENYEDIA") SECARA JELAS MENAFIKAN SEMUA WARANTI DALAM SEBARANG BENTUK, SAMA ADA SECARA TERSURAT ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA WARANTI KEBOLEHPASARAN YANG TERSIRAT, KESESUAIAN UNTUK SESUATU TUJUAN, TAJUK, DAN KETIDAKLANGGARAN TERTENTU. Lightspeed MAHUPUN MANA-MANA PENYEDIA LAIN MEMBERI WARANTI PENGGUNAAN, OPERASI ATAU KETERSEDIAAN PERKHIDMATAN ATAU KANDUNGAN YANG TIDAK TERGANGGU, ATAU BAHAWA SEBARANG PERMINTAAN PENYERAHAN ATAU TRANSAKSI YANG ANDA LAKUKAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN INI AKAN BERJAYA, TIDAK TERCEMAR, ATAU DILENGKAPKAN DALAM TEMPOH MASA YANG MUNASABAH. ANDA SENDIRI YANG AKAN BERTANGGUNGJAWAB BAGI SEBARANG KELEWATAN ATAU KEHILANGAN DALAM SEBARANG BENTUK YANG TERHASIL DARIPADA AKSES ANDA KEPADA, ATAU PENGGUNAAN PERKHIDMATAN SERTA KANDUNGAN INI. TIDAK ADA NASIHAT ATAU MAKLUMAT, SAMA ADA SECARA LISAN ATAU BERTULIS, YANG ANDA PEROLEH DARIPADA Lightspeed ATAU MANA-MANA PENYEDIA LAIN MELAUI ATAU DARIPADA PERKHIDMATAN INI, AKAN MEWUJUDKAN WARANTI MENGENAI PERKHIDMATAN YANG TIDAK DINYATAKAN SECARA JELAS DI DALAM PERJANJIAN INI. BEBERAPA BIDANG KUASA UNDANG-UNDANG MUNGKIN MELARANG SESUATU PENAFIAN WARANTI DAN ANDA MUNGKIN MEMPUNYAI HAK LAIN YANG BERBEZA DARIPADA SATU BIDANG KUASA KE SATU BIDANG KUASA YANG LAIN.

10. Pembatasan Liabiliti

Lightspeed MAHUPUN MANA-MANA PENYEDIA LAIN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK SEBARANG GANTI RUGI TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, KHUSUS, TURUTAN, ATAU TELADAN, TERMASUK, TANPA BATASAN, GANTI RUGI KERANA KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KEPERCAYAAN, PENGGUNAAN, DATA, ATAU KERUGIAN TIDAK KETARA LAIN (WALAUPUN Lightspeed ATAU MANA-MANA PENYEDIA TELAH DINASIHATKAN MENGENAI KEMUNGKINAN GANTI RUGI INI), YANG TERHASIL DARIPADA AKSES ANDA KEPADA ATAU PENGGUNAAN, ATAU KETIDAKUPAYAAN ANDA UNTUK MENGAKSES ATAU MENGGUNAKAN, PERKHIDMATAN INI ATAU MANA-MANA KANDUNGAN. BEBERAPA BIDANG KUASA UNDANG-UNDANG TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU PEMBATASAN LIABILITI BAGI GANTI RUGI TURUTAN ATAU SAMPINGAN, JADI BATASAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK BERKAITAN DENGAN ANDA.

JUMLAH MAKSIMUM LIABILITI BAGI Lightspeed DAN SEMUA PENYEDIA LAIN KEPADA ANDA UNTUK SEMUA TUNTUTAN DI BAWAH PERJANJIAN INI, SAMA ADA DALAM KONTRAK, TORT, ATAU SEBALIKNYA, ADALAH YANG LEBIH BESAR DARIPADA (A) SEBARANG JUMLAH YANG DIBAYAR OLEH Lightspeed KEPADA ANDA DI BAWAH PERJANJIAN INI DALAM DUA BELAS BULAN SEBELUM TUNTUTAN YANG BERKAITAN, DAN (B) 100 DOLAR AMERIKA SYARIKAT ($100 USD). SETIAP PERUNTUKAN BAGI PERJANJIAN INI YANG MEMPERUNTUKKAN BATASAN LIABILITI, PENAFIAN WARANTI, ATAU PENGECUALIAN GANTI RUGI ADALAH UNTUK MEMPERUNTUKKAN RISIKO DI BAWAH PERJANJIAN INI ANTARA KEDUA-DUA PIHAK. PERUNTUKAN INI ADALAH ELEMEN PENTING ASAS BAGI PERTUKARAN ANTARA KEDUA-DUA PIHAK. SETIAP PERUNTUKAN INI BOLEH DIASINGKAN DAN BEBAS DARIPADA SEMUA PERUNTUKAN LAIN BAGI PERJANJIAN INI. BATASAN DI DALAM SEKSYEN INI AKAN DIGUNA PAKAI WALAUPUN MANA-MANA REMEDI TERHAD GAGAL MENCAPAI TUJUAN PENTINGNYA.

11. Perlindungan

Anda akan melindungi dan memegang lepas Lightspeed dan semua Penyedia lain daripada dan terhadap sebarang kos, ganti rugi, perbelanjaan dan liabiliti (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yuran guaman yang munasabah) yang timbul daripada atau berkaitan dengan mana-mana Kandungan Pengguna, penggunaan anda terhadap Perkhidmatan ini atau mana-mana Kandungan, pelanggaran anda terhadap Perjanjian ini, atau pelanggaran anda terhadap mana-mana hak pihak ketiga.

12. Kandungan Pihak Ketiga

Perkhidmatan mungkin mengandungi pautan atau rujukan kepada maklumat, kandungan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga (secara kolektif, "Kandungan Pihak Ketiga"). Lightspeed tidak memantau atau mempunyai kawalan ke atas Kandungan Pihak Ketiga. Lightspeed tidak menyokong atau menerima pakai mana-mana Kandungan Pihak Ketiga dan tidak boleh membuat sebarang jaminan atas ketepatan atau kelengkapannya. Lightspeed tidak mengambil sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak mana-mana Kandungan Pihak Ketiga, dan tidak membuat perwakilan atau menjamin ketepatan mana-mana maklumat yang terkandung di dalam Kandungan Pihak Ketiga. Anda menggunakan mana-mana Kandungan Pihak Ketiga yang terkandung di sini atas risiko anda sendiri. Pandangan yang disampaikan di dalam Kandungan Pihak Ketiga tidak disokong oleh Lightspeed.

13. Privasi

Lightspeed mungkin mengumpulkan maklumat pendaftaran dan maklumat lain mengenai anda melalui Perkhidmatan ini. Sila lihat Dasar Privasi, GlobalTestMarket untuk maklumat mengenai pengumpulan, penggunaan, dan pendedahan maklumat ini oleh Lightspeed.

14. Maklum Balas

Anda memperakukan dan bersetuju bahawa sebarang soalan, komen, cadangan, idea, maklum balas, bahan asli atau kreatif, atau maklumat atau kandungan lain yang anda berikan kepada Lightspeed, setakat mana ia bukan Kandungan Pengguna, akan menjadi harta milik Lightspeed sahaja. Lightspeed akan memiliki hak eksklusif, termasuk semua hak harta intelektual, dan akan berhak ke atas penggunaan dan penyebaran tanpa had maklumat dan kandungan sedemikian untuk sebarang tujuan, komersial atau sebaliknya, tanpa perakuan atau pampasan kepada anda. Seterusnya, anda dengan ini memberikan kepada Lightspeed lesen berterusan dan tidak boleh ditarik balik untuk menggunakan maklumat dan kandungan sedemikian untuk sebarang tujuan.

15. Kontraktor Bebas

Anda dan Lightspeed adakah kontraktor bebas untuk semua tujuan. Tiada hubungan agensi, perkongsian, usahasama, pekerja-majikan atau pemberi francais-penerima francais dihasratkan atau diwujudkan oleh Perjanjian ini atau oleh akses anda kepada atau penggunaan Perkhidmatan ini.

16. Umum

Penamatan
Walaupun terdapat mana-mana terma Perjanjian ini, Lightspeed mempunyai hak, tanpa notis dan mengikut budi bicaranya sendiri, untuk memberhentikan atau menamatkan mana-mana Perkhidmatan atau untuk menamatkan lesen anda untuk menggunakan Perkhidmatan ini, untuk memadam mana-mana pendaftaran Panel atau akaun lain, untuk memadam MarketPoints tanpa penebusan, dan untuk menyekat, menghalang, membataskan, dan mencegah akses anda kepada dan penggunaan Perkhidmatan ini. Sebarang penamatan atau tindakan lain oleh Lightspeed yang diterangkan di dalam perenggan ini tidak akan membataskan mana-mana remedi lain yang tersedia kepada Lightspeed menurut undang-undang, ekuiti atau sebaliknya.

Pengemaskinian kepada Perjanjian ini
Lightspeed boleh mengemas kini Perjanjian ini dari semasa ke semasa. Apabila ia melakukannya, ia akan membetulkan tarikh "dikemas kini" pada Perjanjian ini. Anda bertanggungjawab untuk menyemak dan mematuhi kemas kini Perjanjian ini yang paling terkini.

Notis Undang-Undang Umum
Dengan mengakses atau menggunakan Perkhidmatan ini, anda bersetuju untuk menerima komunikasi elektronik daripada Lightspeed. Komunikasi ini mungkin termasuk notis mengenai akaun anda dan maklumat mengenai atau berkaitan dengan Perkhidmatan ini. Anda bersetuju bahawa sebarang notis, perjanjian, pendedahan, atau komunikasi lain yang Lightspeed hantar kepada anda secara elektronik akan memenuhi sebarang keperluan komunikasi yang sah, termasuk sebarang keperluan bahawa komunikasi perlu secara bertulis.
Kegagalan Lightspeed untuk bertindak dalam sesuatu keadaan tidak mengetepikan keupayaannya untuk bertindak berkaitan keadaan tersebut atau keadaan seumpamanya. Mana-mana peruntukan Perjanjian ini yang didapati tidak sah, menyalahi undang-undang, atau tidak boleh dikuatkuasakan akan dikeluarkan daripada Perjanjian ini, dan peruntukan yang tinggal bagi Perjanjian ini akan terus digunakan sepenuhnya. Pengepala dan tajuk seksyen di dalam Perjanjian ini adalah untuk kemudahan sahaja dan tidak mempunyai kesan perundangan atau kontrak. Mana-mana peruntukan di dalam Perjanjian ini yang melalui sifatnya akan kekal melepasi penamatan Perjanjian ini (termasuk, tanpa batasan, peruntukan yang mengawal perlindungan, pembatasan liabiliti, penafian waranti, dan pemilikan harta intelektual) akan terus kekal digunakan sepenuhnya selepas penamatan Perjanjian ini.
Perjanjian ini dikawal oleh undang-undang Negeri New York, AS, tidak termasuk konflik prinsip undang-undang. Mana-mana kontroversi atau tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Perkhidmatan atau Perjanjian ini mesti dilaksanakan dalam tempoh satu tahun selepas tuntutan ini timbul dan akan diselesaikan melalui arbitrasi yang mengikat menurut peraturan arbitrasi komersial bagi Persatuan Arbitrasi Amerika. Mana-mana kontroversi atau tuntutan seumpamanya akan diarbitrasikan secara individu, dan tidak akan dikonsolidasikan dalam mana-mana arbitrasi dengan mana-mana tuntutan atau kontroversi bagi mana-mana pihak lain. Arbitrasi ini akan dijalankan di New York, New York, dan penghakiman mengenai keputusan arbitrasi boleh dimasukkan ke mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang wajar. Keputusan oleh penimbang tara adalah muktamad dan mengikat ke atas kedua-dua pihak tanpa rayuan atau semakan kecuali seperti yang dibenarkan oleh undang-undang New York. Kedua-dua pihak boleh mendapatkan pelepasan perintah interim atau awal daripada mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang wajar, mengikut keperluan untuk melindungi hak atau harta pihak berkenaan sambil menantikan penyelesaian arbitrasi.
Perjanjian ini, termasuk semua terma, dasar dan garis panduan yang dirujuk di dalam Perjanjian ini, adalah keseluruhan perjanjian antara anda dan Lightspeed mengenai Perkhidmatan ini. Perjanjian ini mengatasi semua perjanjian atau komunikasi sebelum ini antara anda dan Lightspeed mengenai isi kandungan Perjanjian ini.

Menghubungi Lightspeed
Jika anda ingin menghubungi kami mengenai sebarang soalan atau kemusykilan berkaitan Perjanjian atau Perkhidmatan ini, sila lihat halaman Hubungi Kami.

Laman | Log Masuk | Sertai Panel | Perihal Kami | Peta Laman | Bantuan/Soalan Lazim | Hubungi Kami
© 2017 Lightspeed | Dasar Privasi | Perjanjian Pengguna | Tukar Bahasa | 22 November 2017