Apa Kata Ahli Kami

Berita Terkini

Perjanjian Pengguna

Mengapakah GlobalTestMarket menggunakan MarketPoints dan bukan mata wang?

Oleh kerana kajian penyelidikan kami dilaksanakan di seluruh dunia, kami memberi ganjaran kami secara eksklusif dalam bentuk MarketPoints, yang mempunyai nilai tetap terhadap dolar AS.

Dasar Privasi

Dikemas kini Februari 2012

Lightspeed, termasuklah GlobalTestMarket Lightspeed, komited untuk melindungi privasi anda dalam talian.

Sila baca dasar berikut untuk memahami bagaimana maklumat peribadi anda akan digunakan ketika anda menggunakan sepenuhnya pelbagai penawaran kami. Dasar ini mungkin berubah dari masa ke masa, maka silalah semak semula secara berkala.

Selain garis panduan dasar privasi yang dinyatakan di bawah, Lightspeed, termasuklah GlobalTestMarket Lightspeed, mematuhi prinsip yang dinyatakan dalam rangka kerja Safe Harbor seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat berkenaan dengan pengumpulan, penggunaan, dan pengekalan maklumat yang boleh mengenal pasti individu secara peribadi yang diberikan kepada Lightspeed dan GlobalTestMarket daripada Kesatuan Eropah dan/atau Switzerland.

Apakah maklumat yang boleh mengenal pasti individu secara peribadi yang dikumpulkan oleh Lightspeed daripada saya?

Lightspeed mengumpul maklumat dalam beberapa cara daripada bahagian-bahagian yang berlainan dalam rangkaian laman web kami. Sesetengah maklumat dikumpulkan semasa anda mendaftar. Semasa pendaftaran, Lightspeed meminta nama anda, alamat e-mel, poskod, maklumat isi rumah dan minat peribadi. Semakin banyak maklumat yang anda berikan (dan semakin tepat maklumat tersebut), semakin baik pula kami akan dapat menyesuaikan pengalaman anda. Sebaik sahaja anda mendaftar, anda bukanlah lagi tanpa nama kepada Lightspeed -- anda diberikan nombor akaun yang akan anda gunakan untuk mengakses pelbagai bahagian yang dilindungi dalam tapak. Selain itu, sekiranya anda menghubungi Lightspeed, kami mungkin menyimpan rekod surat-menyurat tersebut. Di mana-mana tempat yang Lightspeed mengumpulkan maklumat peribadi, kami berusaha untuk memasukkan pautan ke Dasar Privasi ini pada halaman tersebut.

Apakah kuki dan bagaimanakah Lightspeed menggunakannya?

Sebagai sebahagian daripada usaha menawarkan dan memberikan perkhidmatan yang boleh disesuaikan dan diperibadikan, Lightspeed mungkin menggunakan kuki untuk menyimpan dan kadangkala mengesan maklumat tentang diri anda. Kuki adalah sejumlah kecil data yang dihantar ke penyemak imbas anda dari pelayan web dan disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Sesetengah bahagian dalam Lightspeed yang meminta anda melog masuk, atau yang boleh disesuaikan, mungkin memerlukan anda menerima kuki. Ini mengelakkan anda daripada perlu memasukkan maklumat log masuk anda beberapa kali dalam sehari.

Siapakah yang mengumpulkan maklumat dan untuk tujuan apa?

Lightspeed mengumpulkan maklumat yang membantu dalam pembangunan produk dan perkhidmatan baru. Apabila anda berada di tapak Lightspeed dan anda ditanya tentang maklumat peribadi, anda berkongsi maklumat itu dengan Lightspeed sahaja, kecuali dinyatakan sebaliknya. Sekiranya data dikumpulkan dan/atau diselenggarakan oleh mana-mana syarikat lain selain Lightspeed, anda akan dimaklumkan sebelum masa pengumpulan data atau pemindahan. Sekiranya anda tidak mahu data anda dikongsi, anda boleh memilih untuk tidak membenarkan pemindahan dengan tidak menggunakan perkhidmatan tersebut.

Promosi yang dijalankan di Lightspeed mungkin ditaja oleh syarikat lain selain Lightspeed atau mungkin ditaja bersama oleh Lightspeed dan syarikat lain. Sesetengah atau semua data yang dikumpulkan semasa promosi mungkin akan dikongsi dengan penaja. Sekiranya data dikongsi, anda akan dimaklumkan sebelum masa pengumpulan atau pemindahan data. Anda boleh membuat keputusan untuk tidak menyertai promosi sekiranya anda tidak mahu data anda dikongsi.

Sebarang maklumat sensitif (iaitu maklumat peribadi yang menyatakan keadaan perubatan atau kesihatan, asal bangsa atau etnik, pendapat politik, kepercayaan agama atau falsafah, keahlian kesatuan sekerja atau maklumat yang menyatakan kehidupan seks individu tersebut) akan dikendalikan dengan perlindungan tambahan. Sekiranya Lightspeed ingin mendedahkan maklumat sedemikian kepada pihak ketiga atau menggunakannya untuk tujuan lain selain tujuan pengumpulan asal, maka kebenaran anda akan diminta dengan jelas sebelum sebarang pendedahan sedemikian.

Sila ambil perhatian bahawa pengiklan Lightspeed atau laman web yang mempunyai pautan pada tapak kami mungkin mengumpulkan maklumat yang dapat mengenal pasti anda secara peribadi. Amalan maklumat bagi laman web yang mempunyai pautan pada Lightspeed tidak terangkum dalam pernyataan privasi ini.

Dengan siapakah Lightspeed berkongsi maklumat saya?

Sebagai peraturan am, Lightspeed tidak akan mendedahkan sebarang maklumat yang dapat mengenal pasti diri anda secara peribadi kecuali kami mendapat kebenaran anda atau di bawah keadaan khas, seperti kami meyakini secara suci hati bahawa undang-undang memerlukannya atau dalam keadaan yang diterangkan di bawah. Sila lihat Terma Penggunaan atau Perjanjian Penggunaan untuk setiap produk dan perkhidmatan kami untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang bagaimana maklumat peribadi anda mungkin dikongsi. Yang berikut ini menerangkan beberapa cara maklumat anda mungkin didedahkan.

Rakan Niaga dan Penaja: Lightspeed mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda kepada rakan niaga atau penaja, tetapi ini mungkin diterangkan secara khusus kepada anda sebelum pengumpulan data atau sebelum pemindahan data. Sekiranya sebarang data peribadi tentang diri anda perlu dikongsi, kami akan memberitahu anda sebelum kami mengumpulkan atau memindahkan data.

Banyak promosi menawarkan peluang untuk meminta maklumat tambahan daripada penaja. Dengan meminta lebih banyak maklumat, anda memberi kebenaran kepada Lightspeed untuk memindahkan maklumat peribadi anda kepada penaja agar mereka dapat memenuhi permintaan anda. Dalam kebanyakan kes, hanya alamat e-mel anda yang akan dikongsi. Sekiranya lebih banyak maklumat akan dikongsi dengan penaja, anda akan dimaklumkan sebelum pemindahan.

Dari masa ke masa, anda mungkin akan ditawarkan peluang untuk menerima bahan atau tawaran istimewa daripada pihak ketiga. Sekiranya anda memilih masuk untuk menerima maklumat daripada pihak ketiga ini, Lightspeed akan (dengan kebenaran anda) berkongsi nama dan alamat e-mel anda dengan mereka.

Data Pihak Ketiga & Data Agregat: Di bawah perjanjian kerahsiaan, Lightspeed mungkin memadankan maklumat pengguna dengan data pihak ketiga. Selain itu, Lightspeed mendedahkan statistik pengguna teragregat (contohnya, 45% daripada para pengguna kami adalah wanita) untuk menerangkan perkhidmatan kami kepada rakan niaga prospektif, pengiklan, dan pihak-pihak ketiga lain, dan untuk tujuan sah yang lain.

Lain-lain: Lightspeed juga mungkin akan mendedahkan maklumat akaun dalam kes-kes khusus apabila kami mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa mendedahkan maklumat ini adalah perlu untuk mengenal pasti, menghubungi atau mengenakan tindakan undang-undang terhadap seseorang yang mungkin melanggar Terma Penggunaan Lightspeed atau mungkin menyebabkan kecederaan kepada atau gangguan dengan (sama ada secara sengaja atau tidak sengaja) hak atau harta Lightspeed, pengguna Lightspeed yang lain, atau orang lain yang mungkin menerima mudarat oleh aktiviti sedemikian. Lightspeed boleh mendedahkan atau mengakses maklumat akaun apabila kita meyakini dengan suci hati bahawa undang-undang memerlukannya dan untuk tujuan pentadbiran dan tujuan lain yang kami anggap perlu untuk menyelenggarakan, memberi perkhidmatan, dan memperbaik produk dan perkhidmatan.

Apakah pilihan saya berkenaan dengan pengumpulan, penggunaan, dan pengedaran maklumat saya?

Hanya Lightspeed (atau ejen yang bekerja bagi pihak Lightspeed dan di bawah perjanjian kerahsiaan) akan menghantar mel terus ini kepada anda dan hanya jika anda menandakan bahawa anda tidak membantah tawaran ini.

Anda juga mempunyai pilihan berkenaan dengan kuki. Dengan meminda keutamaan penyemak imbas anda, anda mempunyai pilihan untuk menerima semua kuki, untuk dimaklumkan apabila kuki telah ditetapkan, atau untuk menolak semua kuki. Sekiranya anda ingin memilih keluar hanya untuk kuki Lightspeed, domain Lightspeed untuk rujukan anda adalah sama ada gmi-mr.com atau globaltestmarket.com. Sekiranya anda memilih untuk menolak semua kuki atau memilih keluar daripada menerima kuki Lightspeed, anda tidak akan dapat menggunakan perkhidmatan Lightspeed yang memerlukan pendaftaran untuk menyertainya.

Lightspeed tidak menjual atau menyewakan maklumat pengguna kepada sesiapa. Kami akan memaklumkan kepada anda pada masa pengumpulan atau pemindahan data bahawa data akan dikongsi dengan pihak ketiga dan anda akan sentiasa mempunyai pilihan untuk tidak membenarkan pemindahan tersebut. Sekiranya anda tidak mahu membenarkan data anda dikongsi, anda boleh memilih untuk tidak menggunakan perkhidmatan tertentu.

Apakah dasar Lightspeed tentang membenarkan saya mengemas kini, membetulkan, atau memadam maklumat yang dapat mengenal pasti diri saya secara peribadi?

Untuk ahli GlobalTestMarket Lightspeed, anda boleh mengedit Maklumat Akaun GlobalTestMarket anda dan Profil GlobalTestMarket anda pada sebarang masa dengan menggunakan ID dan kata laluan GlobalTestMarket anda. Sekiranya anda telah terlupa kata laluan anda, sila klik di sini. Akaun GlobalTestMarket anda boleh dipadam atau dinyahaktifkan. Anda boleh memilih untuk menamatkan keahlian anda pada sebarang masa dengan melengkapkan borang ini.

Untuk pengguna bagi sebarang produk dan perkhidmatan Lightspeed yang lain, anda boleh menghubungi kami sekiranya anda telah terlupa log masuk atau kata laluan anda. Sila juga hubungi kami dengan sebarang soalan berkenaan akses kepada maklumat yang dapat mengenal pasti diri secara peribadi.

Apakah langkah berjaga-jaga keselamatan yang diamalkan untuk melindungi kehilangan, penyalahgunaan, atau pemindaan maklumat saya?

Maklumat Akaun dan Profil anda dilindungi dengan kata laluan supaya anda, dan hanya anda sahaja, yang mempunyai akses kepada maklumat peribadi ini.

Kami menyarankan agar anda tidak mendedahkan kata laluan anda kepada sesiapa. Lightspeed tidak akan sekali-kali meminta kata laluan anda dalam panggilan telefon yang tidak diminta atau e-mel yang tidak diminta. Sila ingat juga untuk melog keluar daripada akaun Lightspeed anda dan menutup tetingkap penyemak imbas anda apabila anda telah menyiapkan kerja anda. Ini adalah untuk memastikan bahawa orang lain tidak boleh mengakses maklumat peribadi dan surat-menyurat anda sekiranya anda berkongsi komputer dengan orang lain atau anda menggunakan komputer di tempat awam seperti perpustakaan atau kafe Internet.

Setiap kali Lightspeed mengendalikan maklumat peribadi seperti yang diterangkan di bawah, tanpa mengira tempat ia berlaku, Lightspeed mengambil langkah untuk memastikan bahawa maklumat anda disimpan dengan selamat dan selaras dengan Terma Penggunaan yang berkenaan dan Dasar Privasi ini.

Malang sekali, tiada penghantaran data melalui Internet boleh dijamin keselamatannya 100%. Akibatnya, walaupun kami berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda, Lightspeed tidak dapat memastikan atau menjamin keselamatan bagi sebarang maklumat yang anda hantar kepada kami daripada produk atau perkhidmatan dalam talian kami, dan anda melakukannya atas risiko anda sendiri. Sebaik sahaja kami menerima penghantaran anda, kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan keselamatannya dalam sistem kami.

Apakah perkara lain yang perlu saya ketahui tentang privasi saya?

Sila ingat bahawa setiap kali anda mendedahkan maklumat peribadi secara dalam talian -- contohnya di papan mesej, melalui e-mel, atau di ruangan bual -- maklumat itu boleh dikumpulkan dan digunakan oleh orang lain. Ringkasnya, sekiranya anda menyiarkan maklumat peribadi secara dalam talian yang boleh diakses oleh orang ramai, anda mungkin akan menerima mesej yang tidak diminta daripada pihak lain. Akhirnya, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengekalkan kerahsiaan kata laluan anda dan/atau sebarang maklumat akaun lain. Sila berhati-hati dan bertanggungjawab setiap kali anda berada dalam talian.

Maklumat tambahan

Sila hubungi kami dengan sebarang pertanyaan berkenaan pernyataan ini.
Laman | Log Masuk | Sertai Panel | Perihal Kami | Peta Laman | Bantuan/Soalan Lazim | Hubungi Kami
© 2017 Lightspeed | Dasar Privasi | Perjanjian Pengguna | Tukar Bahasa | 22 November 2017